Selamat Datang Ke Page Kemaman Wedding Photographer Murah, Whatsapp : 014-2017489

Jom Baca Artikel

Terima Kasih Y-Centre-KBS


Kerajaan dengan pelbagai agensi dibawahnya segaya upaya berusaha untuk memperbaiki taraf serta mutu hidup rakyat diperingkat akar umbi. Dengan Gagasan 1 Malaysia, maka tertubuhlah UTC yakni pusat Transformasi Bandar. Kementerian Belia dan Sukan tidak ketinggalan terlibat secara langsung dalam memastikan UTC berfungsi dengan baik dan mesra pelanggan. Di UTC Kuantan, KBS telah menempatkan pusat pelbagai aktiviti belia yang dikenali Y-Centre. Pelbagai kemudahan disediakan, Gymnasium, Pusat memanah, Kelas Erobik dan pelbagai kemudahan lain lagi. kesemuanya untuk digunakan oleh semua lapisan masyarakat. 

Meneruskan fungsi mentransfomasikan rakyat, baru-baru ini iaitu pada 01-02.11.2014, Y-Centre telah berjaya menganjurkan satu Bengkel Asas Pembangunan Blog dengan kerjasama Alaminda Intelek Konsultan. Bengkel ini telah memberi ruang kepada peserta mendalami ilmu bagaimana mahu menjadi Blogger yang baik dan berdisiplin. Di akhir Bengkel, setiap peserta diberikan sijil penyertaan.



Sesungguhnya, kejayaan Y-Centre menganjur Bengkel Asas Blogger ini telah membuktikan bahawa kewujudan Y-Centre sebagai sebuah pusat Transformasi Bandar seiring dengan penubuhan UTC itu sendiri. Saya, sebagai salah seorang peserta Bengkel berkenaan amat berbangga dan amat beruntung kerana berpeluang mempelajari dan mendalami ilmu membangunkan Blog sendiri yang mana jika ditawarkan oleh pihak swasta semesti ratusan ringgit diperlukan. NAMUN, Di Y-Centre segalanya diberikan PERCUMA.





Panduan menetapkan harga Pakej Fotografi Perkahwinan
Jurufoto-jurufoto perkahwinan Terengganu (baik yang baru mahupun dah lama) ini garis panduan penetapan harga lantai. Rujuk-rujuk dan perbaikilah mana bahagian yang perlu ditambahbaik.
Pada satu majlis Dialog Perletakan Harga Lantai di INTEKMA Resort pada tahun 2013, dan selepas itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi MWPPM 2013/14, telah diputuskan bahawa satu garis panduan mengenai Harga Lantai adalah perlu dalam menepati ...beberapa objektif yang telah ditetapkan.

Untuk bakal pengantin, ini adalah harga pakej-pakej yang disyorkan kepada anda oleh MWPPM. Dan untuk para jurufoto, harga ini adalah harga minima dan anda bebas mengenakan harga di atas harga lantai ini, mengikut kemahuan anda. Implikasi menggunakan harga di bawah harga lantai ini antara lain merosakkan jenama anda pada jangka masa panjang, tidak balik modal, sukar mendapatkan pusingan balik modal, sukar mendapat keuntungan sekaligus tiada simpanan sekiranya berlaku kecemasan seperti kerosakan kamera dsbnya dan beberapa impak negatif yang lain.


 Adalah disarankan harga lantai ini diikuti untuk kebaikan dan faedah semua pihak.

MWPPM

-Persatuan Jurufoto Perkahwinan dan Potret Melayu Malaysia
-Malay Wedding and Portrait Photographers Malaysia
(sebuah persatuan berdaftar dengan Registrar Of Society Malaysia)