3 langkah mudah
3. Copy/Paste BUKTI PEMBAYARAN ke dalam BORANG TEMPAHAN
- Sila pastikan pembayaran yang telah dibuat dan maklumat lengkap pembayaran diletakkan di dalam bahagian "BUKTI PEMBAYARAN"
- Hanya bukti pembayaran yang telah disahkan akan diproses untuk "Lock Date" yang dipersetujui
- Pembayaran daripada bank berbeza daripada yang disediakan akan mengambil masa 3 hari berkerja diperlukan oleh pihak bank untuk memproses. diharapkan penempah bersabar kerana kami akan memproses tempahan sebaik sahaja diterima oelh pihak bank (Interbank Transfer)
Syarat-syarat dan terma-terma urusniaga
- Setiap pelanggan mestilah memastikan terlebih dahulu tarikh yang dipilih tidak bertindih dengan tempahan pelanggan lain. Kerana kami hanya menerima satu tempahan sehaja sehari.
- Membuat pembayaran Deposit setelah mengesahkan tarikh yang dipilih tidak bertindih dengan pelanggan lain.
- Deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya pihak pelanggan membatalkan atau mengubah tarikh sepertimana dipersetujui sebelum ini. Manakala sekiranya pihak kami yang terpaksa menolok tempahan ini setelah bayaran deposit dibuat, kami akan mengembalikan keseluruhan deposit yang dibayar dan 1% tambahan daripada jumlah deposit akan diberikan kepada pelanggan sebagai saguhati.
- Pelanggan mesti membuat / menjelaskan bayaran seperti berikut;
- 10% atau minimum RM250 Deposit untuk "lock date" (tidak dikembalikan),
- 30% Deposit tambahan seminggu sebelum tarikh sebenar
- 30% Mestilah dibayar selepas selesai kerja-kerja penggambaran,
- 30% Mestilah dibayar semasa penyerahan Album.
- Kos Perjalanan melebihi 50km sehala akan dikenakan kepada setiap tempahan dan di anggap kos tambahan. (1km = RM1.00)
- Bagi tugasan yang memerlukan pihak kami bermalam, segala kos sewaan bilik penginapan juga menjadi tanggungan pelanggan.
- Perjanjian tambahan akan dibuat secara persetujuan bersama dari semasa ke semasa.
- Dengan membayar deposit pertama, Setiap pelanggan adalah dianggap telah bersetuju dengan setiap syarat-syarat yang ditetapkan.